Monday, March 23, 2009

Pertanyaan yang perlu anda tolong jawab untuk saya

1)Siapakah saya???

2)Bagaimanakah sikap saya???

3)Kenapa saya terlalu malas???

4)Kenapa akhir2 ini saya ditimpa malang???

5)Di mana tempat saya suka lawati???

6)Apakah rutin wajib saya pada setiap hari???

7)Apakah yang menyebabkan anda suka berkawan dengan saya atau tidak suka berkawan dengan saya???

8) Apakah pandangan anda tentang diri saya???

9)Adakah diri saya in terlalu membosankan???

10) Kenapa saya suka membuang masa???

11) Bagaimanakah saya melepaskan perasaan???

12) Siapakah manusia-manusia yang saya sayang di muka bumi ini???

13) Kenapa kadang2 saya fikir diri saya ini bodoh???

14) Apakah dilemma yang melanda diri saya???

15)Mengapa saya menulis perkara sebegini???

P/s:Pilih soalan yg anda ingin jawab dengan menulis nombor dan jawapan...

Sunday, March 1, 2009

Melepaskan tension dan membuang masa dengan Saudara bijan

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya, dapat juga saya menulis satu post... Post ini merupakan berkenaan dengan melepaskan tension dan membuang masa bersama saudara bijan di rumah barunya. Saya dan saudara bijan telah merakamkan tiga buah lagu selama 3 jam. Lagu yang telah dirakamkan ialah  Zephyr Song oleh Red Hot Chili Peppers, Kau ilhamku oleh Mambai dan juga Tiada Lagi oleh Amy Search.
Walaupun saya tahu suara saya sumbang... hahahaha... saya berjaya melepaskan tension saya setelah berjaya merakamkan lagu ini. Tension ini semuanya berpunca daripada 4 midterm yang saya hadapi dalam seminggu... Namun, saya berasa semuanya dijawab dengan kesalahan bodoh yang sepatutnya dapat dielak... Kenapa nasib tidak menyebelahi aku ketika peperiksaan pertengahan penggal kali ini???? kenapa???
Kesalahan bodoh yang dilakukan ketika peperiksaan adalah spt berikut:

Stat 235( Hari Selasa, 24 Februari): Tidak membaca arahan di muka depan yang menyatakan bahawa bile np>5, normal approximation boleh digunakan untuk binomial distribution. Hal ini mungkin kerana saya hanya mengetahui jika np>10 baru boleh digunakan normal approximation.

Math 201(Hari Rabu,25 Februari): Gagal dalam menyempurnakan soalan yang sama dlm homework assignment kerana tidak menghafal formula spring dan lupa kaedah pengamiran yang betul.

Pet e 295(Hari Khamis, 26 Februari): Soalan yang disediakan oleh pensyarah kelihatan seperti dibuat sehari sebelum peperiksaan kerana ayat2 yang ditulis tidak jelas. Selain itu, saya tidak berjaya menjawab soalan yang sudah diajar dan terdapat di dalam nota.

Civ E 270( Hari Sabtu, 28 Februari): Kesilapan menekan calculator ketika mengira poisson ratio walaupun formula yang digunakan sudah betul. Saya juga ingin menyalahkan pensyarah kerana masa yang diperuntukkan sangat terhad sedangkan soalan boleh dikatakan agak mencabar.

Malaslah nak fikir perkara lepas... life still go on.... bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee:

"BARANG YANG LEPAS JANGANLAH DIKENANG, KALAU DIKENANG MEROSAKKAN BADAN"....

Akhir kata, tontonla video yang tak best ini... jangan tonton jika takut suara saya menghantui hidup anda.... hahahaha... kerana terlalu sumbang.... hahahhahaa...


Zephyr Song


Kau ilhamku

Tiada lagi



P/s: Kongsilah pengalaman anda di  ruang komen tentang kesilapan bodoh yang dilakukan ketika peperiksaan... Mane tau... jgn ceritakan sesuatu yang amat memalukan... contohnya terkencing kerana soalan terlalu susah.... hahahahahah