Sunday, March 1, 2009

Melepaskan tension dan membuang masa dengan Saudara bijan

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya, dapat juga saya menulis satu post... Post ini merupakan berkenaan dengan melepaskan tension dan membuang masa bersama saudara bijan di rumah barunya. Saya dan saudara bijan telah merakamkan tiga buah lagu selama 3 jam. Lagu yang telah dirakamkan ialah  Zephyr Song oleh Red Hot Chili Peppers, Kau ilhamku oleh Mambai dan juga Tiada Lagi oleh Amy Search.
Walaupun saya tahu suara saya sumbang... hahahaha... saya berjaya melepaskan tension saya setelah berjaya merakamkan lagu ini. Tension ini semuanya berpunca daripada 4 midterm yang saya hadapi dalam seminggu... Namun, saya berasa semuanya dijawab dengan kesalahan bodoh yang sepatutnya dapat dielak... Kenapa nasib tidak menyebelahi aku ketika peperiksaan pertengahan penggal kali ini???? kenapa???
Kesalahan bodoh yang dilakukan ketika peperiksaan adalah spt berikut:

Stat 235( Hari Selasa, 24 Februari): Tidak membaca arahan di muka depan yang menyatakan bahawa bile np>5, normal approximation boleh digunakan untuk binomial distribution. Hal ini mungkin kerana saya hanya mengetahui jika np>10 baru boleh digunakan normal approximation.

Math 201(Hari Rabu,25 Februari): Gagal dalam menyempurnakan soalan yang sama dlm homework assignment kerana tidak menghafal formula spring dan lupa kaedah pengamiran yang betul.

Pet e 295(Hari Khamis, 26 Februari): Soalan yang disediakan oleh pensyarah kelihatan seperti dibuat sehari sebelum peperiksaan kerana ayat2 yang ditulis tidak jelas. Selain itu, saya tidak berjaya menjawab soalan yang sudah diajar dan terdapat di dalam nota.

Civ E 270( Hari Sabtu, 28 Februari): Kesilapan menekan calculator ketika mengira poisson ratio walaupun formula yang digunakan sudah betul. Saya juga ingin menyalahkan pensyarah kerana masa yang diperuntukkan sangat terhad sedangkan soalan boleh dikatakan agak mencabar.

Malaslah nak fikir perkara lepas... life still go on.... bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee:

"BARANG YANG LEPAS JANGANLAH DIKENANG, KALAU DIKENANG MEROSAKKAN BADAN"....

Akhir kata, tontonla video yang tak best ini... jangan tonton jika takut suara saya menghantui hidup anda.... hahahaha... kerana terlalu sumbang.... hahahhahaa...


Zephyr Song


Kau ilhamku

Tiada lagi



P/s: Kongsilah pengalaman anda di  ruang komen tentang kesilapan bodoh yang dilakukan ketika peperiksaan... Mane tau... jgn ceritakan sesuatu yang amat memalukan... contohnya terkencing kerana soalan terlalu susah.... hahahahahah

12 Comments:

Blogger Amirah Z said...

This comment has been removed by the author.

March 2, 2009 at 5:23 PM  
Blogger TyRoX SaN said...

amy mmg suka suma lagu yang cakir nyanyi. hehe

March 2, 2009 at 5:35 PM  
Blogger ShArK...KyR said...

dh2 la tyrox... jgn main2 la...

March 2, 2009 at 5:47 PM  
Blogger aliashraf said...

hoho.
ok la tp klu ak nyanyi lg bgus r
haha

March 2, 2009 at 8:43 PM  
Blogger ShArK...KyR said...

suara ko mane leh lawan ali... mu kan penyanyi yg bru buat konsert dpn farah kat montreal... hahahahah... aku kene check kat ticket master konsert terbaru mu

March 2, 2009 at 10:32 PM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by the author.

March 3, 2009 at 11:56 PM  
Blogger ShArK...KyR said...

semua ko nak kutuk aku mentang2 ko lh lelaki paling hensem dlm dunia

March 4, 2009 at 4:44 AM  
Blogger Afterlife said...

mmg muka tekan sunggoh ar boh..
laen trus rambut mg..haha

March 4, 2009 at 6:20 AM  
Blogger PencintaRempeyek said...

Satu kombinasi yg bertenaga dari saudara Bijan dan abg Shark. Lepas ni boleh ar ganti tempat makcik yang selalu main lagu country kat University LRT station.xde plan nak buat road tour keliling canada ke?hehehe..

March 4, 2009 at 2:16 PM  
Blogger Ain Izzaty said...

gile muke x leh blah smbl nyanyi..muke cam xdop feeling lasum..lepas la kot kalu nk g mane2 audition..AUDITION only!!!!
haha..

March 14, 2009 at 9:44 PM  
Blogger shakila said...

salut ak shakir...
comey sunggoh mu nyanyi..

March 17, 2009 at 3:02 AM  
Blogger victoire said...

sies comel gile..
dh mcm adik bradik lok. hehehe.
nice work guys!

March 18, 2009 at 4:06 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home