Sunday, November 16, 2008

Galaxyland

Semua orang sudah tentu mengenali apa itu taman tema... Klu nak tahu saya ceritakan sedikit mengenai taman tema. Taman tema merupakan taman yang mempunyai banyak tema... saya pun tak tau ape definisi taman tema. Hanya yang saya tahu taman tema ni mempunyai permainan yang menghiburkan dan kadang kala menguji ketahanan mental dan fizikal setiap orang yang ingin mencuba permainan tersebut. Terdapat dua jenis taman tema iaitu indoor dan outdoor.

Dalam post ini saya lebih menumpukan kepada Taman Tema indoor kerana saya, Saudara Akmal, Saudara Mr. R dan PKo telah mencuba permainan di taman tema indoor, Galaxyland, yang terletak di dalam West Edmonton Mall, Edmonton, Alberta, Canada. Ianya lebih kurang seperti Cosmo World yang terletak di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia.

Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Galaxyland ini hanyalah 19 CAD iaitu bersamaan lebih kurang RM60. Ianya agak berpatutan kerana tiada had yang diberi utk mencuba permainan di Galaxyland ini. Anda BOLEH MENCUBA SEHINGGA TERMUNTAH....

Perasaan kami pada mula agak berdebar dan kami mengambil keputusan mencuba pemainan tahap rendah sebelum beralih ke tahap tinggi... Tanpa membuang masa, biarkan gambar menceritakan segalanya.




pintu masuk galaxyland

Saudara Akmal Dan Pko kelihatan gembira dengan Permainan yang disediakan

Kanak2 berbincang apakah akan terjadi kepada mereka


Litar roller coaster yang begitu mengagumkan

pintu gerbang yang begitu berwarna warni

Akhirnya, kami berjaya mencuba kesemua permainan.


P/s: Silalah datang ke Galaxyland untuk merasai sendiri pengalaman menaiki roller coaster dengan kesan gravity 3G

7 Comments:

Blogger Mr A said...

oh my dear kawan lamaku yg semakin sehat, rajin2 la update. ku mahu tahu perihal kehidupanmu di sana...je t'attends mon pote!

November 17, 2008 at 1:26 PM  
Blogger Shyguy said...

waicececeh.
ble mase ko ade blog.

November 18, 2008 at 2:54 AM  
Blogger ShArK...KyR said...

zaman berubah... org pon berubah.... insyallah klu ade mase terluang, bolehla update blog

November 18, 2008 at 1:36 PM  
Blogger TyRoX SaN said...

acece..

bila ko ade blog sudara2?

hahaha

November 18, 2008 at 10:38 PM  
Blogger ShArK...KyR said...

taun lepas tapi ni bru aktif skit... hahaha

November 20, 2008 at 10:59 PM  
Blogger zul said...

woo. gempak2

November 20, 2008 at 11:39 PM  
Blogger ShArK...KyR said...

zul mane ni??

November 24, 2008 at 2:09 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home