Saturday, June 13, 2009

Kesungguhan dlm sesuatu perkara kadang2 membawa kekecewaan

Setiap perkara kalau dibuat bersungguh2 biasanya membuahkan hasil yang begitu membanggakan tetapi hal ini hanya berlaku jika kesungguhan dibuat untuk diri sendiri tanpa melibatkan orang lain. Contoh(diri sendiri):
a)bersungguh dalam belajar insyaallah mendapat keputusan yang cemerlang.
b)bersungguh dalam mengumpul wang untuk membeli sesuatu.
c)bersungguh dalam mereka sesuatu.

Kesungguhan yang melibatkan orang lain lebih menarik perhatian saya.
Contohnya:
a) ketika bekerja, seorang pekerja bersungguh membersihkan sesuatu tetapi rakan sekerjanya hanya duduk rehat walaupun ianya merupakan tanggungjawab bersama.
b) ketika menolong org, Si A menolong B yangg dalam kesusahan dengan bersungguh-sungguh tetapi Si B tidak menghargai dan mengambil sikap sambil lewa.
c)dalam mana2 permainan sukan, hanya seorang pemain bermain bersungguh-sungguh tetapi yang lain bermain sambil lewa.

Banyak lagi contoh yang boleh diambilkira

Bagi saya,
situasi:
(a)Pekerja yang bersungguh itu mesti berasa amat sakit hati atau marah dengan rakan sekerjanya.
(b) Berasa kecewa dan mungkin berubah sikap untuk tidak menolong Si B.
(c) Pasukan itu akan mengalami kekalahan.

Semua perkara di atas pernah dilalui oleh diri saya sendiri.

Namun begitu,
Saya berasa, kita mesti selalu bersungguh dalam melakukan sesuatu perkara yang melibatkan diri kita dan juga orang lain kerana saya percaya bahawa kesungguhan yang melibatkan orang lain tidak selalu membawa kekecewaan. Saya beranggapan kesungguhan melibatkan org lain yang membawa kekecewaan mungkin merupakan ujian dari Yang Maha Esa.

Setiap perkara yang dilakukan tidak selalunya mendapat hasil yang dikehendaki. Kita perlu ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara nescaya ia akan membawa kebaikan. Oleh itu, sesuatu perkara yang melibatkan diri kita, kita perlulan bersungguh2 kerana jika semua mempunyai sikap begitu, masalah di atas tidak akan timbul. Yang baik selalunya dibalas baik.

P/s: Idea ini timbul selepas mendengar cerita dr beberapa rakan tentang kejadian yang menyakitkan hati mereka dan juga perkara yang menimpa diri saya sendiri.

Dua minggu lagi, insyaallah berangkatlah aku ke Malaysia, Home sweet home.
Rumah aku, mane semua orang pergi.....

2 Comments:

Blogger Naga Pelangi said...

Shit happens buddy, shit happens...

June 13, 2009 at 9:23 PM  
Blogger ShArK...KyR said...

sape ko??? qayyum eh

June 14, 2009 at 12:02 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home