Wednesday, January 14, 2009

calgary... destinasi keesokkan hari

Saya berserta rakan2 saya... Akmal, Fuad dan juga Bijan akan ke calgary pada esok hari menaiki bas greyhound. Kami semua akan ponteng kuliah selama satu hari iaitu hari jumaat( sedih tetapi gembira). tak tau la ... sedih kerana kecintaan terhadap ilmu tinggi sgt (poyo gler aku)... gembira kerana dpt melihat suasana baru. Rakan2 saya mempunyai tujuan utk ke sana iaitu mereka ingin membuat visa US... tetapi saya sudah mempunyai visa US... Saya pergi ke sana dengan tiada tujuan dan hanya kerana baiknya saudara Akmal mengajak saya ke Calgary. Saudara Akmal sekarang di lamun cinta... buktinya status YM semalam... " aku menyokong mu dan rela menunggumu walau berapa lama"... lebih kurang bunyinya mcm 2 la... Saje je mengarut di ptg hari waktu Edmonton, AB. tak de ape nak buat tulis je la ape2 yg patut walaupun assignment byk menunggu di dalam beg... bye...


Swisso bro

Thursday, January 8, 2009

Kita bergembira... mereka berduka...

Setelah sekian lama, blog ini x diupdate kerana peperiksaan akhir semester dan cuti yang diisi dgn melancong, akhirnya ada juga masa terluang utk mengarap satu post utk kita berfikir sejenak tentang saudara seislam kita yang sedang bertarung nyawa di bumi sendiri iaitu Palestin walaupun mereka sebenarnya pemilik tetap tanah tersebut. Saudara boleh mengetahui bagaimana ORANG YAHUDI YANG TIADA TEMPAT DI DUNIA INI MENDUDUKI PALESTIN DENGAN MENONTON VIDEO OCCUPATION 101. Di sini saya sertakan part 1 video tersebut:
video

Kalau diikutkan hari ini sudah masuk 15 hari bumi Palestin tidak putus dihujani peluru dan juga bom askar2 Israel. Kita selalu dengar hujan itu RAHMAT dari Allah s.w.t tetapi itu bukanlah hujan peluru atau bom. Kita harus sedar KETIKA KITA SEDANG BERGEMBIRA, MEREKA SEDANG BERDUKA.

Jadi, saya mengajak rakan2 sekalian menghayati gambar di bawah ini:

Wahai Saudara Islam Ku
Anak ini mencuba untuk menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal

Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?
Pejamkan mata anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh anda ingin menjadi seseorang yang akan bangun dan membela nasibnya.





"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> >
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)



Saya harap melalui gambar di atas, gambar tersebut dpt mengingatkan rakan2 terutama diri saya sendiri bahawa kita seharusnya berasa sedih dengan ape yg berlaku terhadap saudara seislam kita di Palestin. Selain itu, saya berharap rakan2 semua dpt menghulurkan bantuan dari segi kewangan bagi yang berkemampuan atau sedekahkan doa bagi kesejahteraan mereka setiap kali selepas solat. Moga2 doa kita dpt dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

P/s: Janganlah kita terlalu gembira, sedangkan saudara kita di Palestin berduka. Igtlah bahawa kita sesama umat Islam bersaudara.

P/s: Bersyukurlah dengan ape yang kita perolehi, dan janganlah bersikap tamak walaupun ape yang ada sudah mencukupi