Field trip to Leduc
Baru-baru ini, saya berserta rakan-rakan lain menyertai lawatan atau field trip ke Leduc, Alberta. Ia merupakan pusat penemuaan petroleum Kanada yang ditaja oleh pelbagai syarikat petroleum di seluruh Kanada. Lawatan ini telah ditaja sepenuhnya oleh Kelab Kejuruteraan Petroleum, Universiti of Alberta.
Pusat Penemuan Petroleum Kanada
Lawatan ini bertujuan bagi memberi maklumat kepada pelajar jurusan petroleum bagi mengenali lebih dekat bagaimana proses penemuaan petroleum dan apakah kesan kepada masyarakat di kawasan sekitar dan amnya seluruh dunia.

Kehidupan masyarakat pada zaman tersebut.
Di sini pelbagai bentuk atau model pelantar minyak yang diperkenalkan. Antaranya ialah:

Pelantar minyak terawal(bentuknya ringkas)

Bentuk lebih terarah menggunakan cabel.
Bentuk kelihatan lebih kemas