Tuesday, November 18, 2008

Field trip to Leduc

Baru-baru ini, saya berserta rakan-rakan lain menyertai lawatan atau field trip ke Leduc, Alberta. Ia merupakan pusat penemuaan petroleum Kanada yang ditaja oleh pelbagai syarikat petroleum di seluruh Kanada. Lawatan ini telah ditaja sepenuhnya oleh Kelab Kejuruteraan Petroleum, Universiti of Alberta.

Pusat Penemuan Petroleum Kanada

Lawatan ini bertujuan bagi memberi maklumat kepada pelajar jurusan petroleum bagi mengenali lebih dekat bagaimana proses penemuaan petroleum dan apakah kesan kepada masyarakat di kawasan sekitar dan amnya seluruh dunia.

Kehidupan masyarakat pada zaman tersebut.

Di sini pelbagai bentuk atau model pelantar minyak yang diperkenalkan. Antaranya ialah:

 

Pelantar minyak terawal(bentuknya ringkas)

Bentuk lebih terarah menggunakan cabel.

Bentuk kelihatan lebih kemas



Sunday, November 16, 2008

Galaxyland

Semua orang sudah tentu mengenali apa itu taman tema... Klu nak tahu saya ceritakan sedikit mengenai taman tema. Taman tema merupakan taman yang mempunyai banyak tema... saya pun tak tau ape definisi taman tema. Hanya yang saya tahu taman tema ni mempunyai permainan yang menghiburkan dan kadang kala menguji ketahanan mental dan fizikal setiap orang yang ingin mencuba permainan tersebut. Terdapat dua jenis taman tema iaitu indoor dan outdoor.

Dalam post ini saya lebih menumpukan kepada Taman Tema indoor kerana saya, Saudara Akmal, Saudara Mr. R dan PKo telah mencuba permainan di taman tema indoor, Galaxyland, yang terletak di dalam West Edmonton Mall, Edmonton, Alberta, Canada. Ianya lebih kurang seperti Cosmo World yang terletak di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia.

Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Galaxyland ini hanyalah 19 CAD iaitu bersamaan lebih kurang RM60. Ianya agak berpatutan kerana tiada had yang diberi utk mencuba permainan di Galaxyland ini. Anda BOLEH MENCUBA SEHINGGA TERMUNTAH....

Perasaan kami pada mula agak berdebar dan kami mengambil keputusan mencuba pemainan tahap rendah sebelum beralih ke tahap tinggi... Tanpa membuang masa, biarkan gambar menceritakan segalanya.




pintu masuk galaxyland

Saudara Akmal Dan Pko kelihatan gembira dengan Permainan yang disediakan

Kanak2 berbincang apakah akan terjadi kepada mereka


Litar roller coaster yang begitu mengagumkan

pintu gerbang yang begitu berwarna warni

Akhirnya, kami berjaya mencuba kesemua permainan.


P/s: Silalah datang ke Galaxyland untuk merasai sendiri pengalaman menaiki roller coaster dengan kesan gravity 3G

Sunday, November 9, 2008

Lawatan ke Drumheller 2008

Sudah sekian lama blog ini tidak diupdate kerana terlalu sibuk(padahal tak sibuk pun...) Hahahaha...

Saya ingin menceritakan pengalaman ketika melawat Dru
mheller, Alberta, Canada pada 7 November 2008. Lawatan ini telah dianjurkan oleh International Student Centre, University Of Alberta. Lawatan ini pada mulanya dibuka kepada 57 orang tetapi kerana permintaan terlalu tinggi, pihak international centre telah menambah bilangan kepada 114 orang. Bayaran yang dikenakan bagi lawatan ini amatlah berpatutan setiap peserta hanya perlu membayar sebanyak 35 CAD. Saya katakan berpatutan kerana tiada pengangkutan awam ke Drumheller serta bayaran untuk masuk ke Royal Tyrell Museum, Reptile World dan kos-kos lain melebihi 35 Cad.

Untuk pengetahuan semua, Drumheller merupakan tapak yang dipercayai habitat dinosour... Persoalannya, adakah dinosour benar-benar wujud??? Di sini juga terdapat batu-batuan yang terbentuk berjuta-juta tahun dahulu... Ianya terbentuk daripada glasier seperti yg dipelajari daripada subjek eas 210... Batuan jenis ini merupakan "sedimentary rocks" bak kata Dr Fred Clark... Saya pun malas bercerita panjang... Biarkan gambar yg saya paparkan bercerita... hahahaha.